Khamis, 13 Disember 2012

Tangisan gembira Khaled Meshaal

Tangisan gembira Khaled Mashaaal ketika memasuki bumi Gaza.

Sumber: QNN

TT Aman Palestin Mesir



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Khaled Meshaal ke rumah As-Syahid Ahmad Yasin

Khaled Meshaal dalam gambar ketika dalam perjalanan untuk ke rumah pengasas Gerakan Hamas, Ahmad Yassin.

Sumber: QNN

TT Aman Palestin Mesir


  

Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Hotel Commodore, Gaza

MSG 2012

Hotel Commodore adalah hotel yang dipilih untuk menjadi tempat penginapan selama 6 hari.



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Situasi Gaza

Interenet di sini agak lambat, nak post status pun agak mengambil masa, untuk menghantar laporan bergambar setakat ini memang satu perkara yang sulit.

Tapi untuk hari pertama saya ada di sini, saya dah tahu yang Gaza akan terus menang. Kalau Muslimin perlukan model negara islam sebelum sistem khilafah, saya rasa Gazalah modelnya.

10:20am, 7 Dis, commodore Gaza Hotel.


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Pelabuhan Gaza

Seawal pagi, nelayan keluar mencari rezeki. Seawal pagi, kaki melangkah menikmati suria pagi di Gaza Bumi Suci.. Allahu Akbar, Maha Indahnya alam di sini.. memang Palestin bumi diberkati.


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Khaled Meshaal tiba di Gaza

Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik HAMAS juga telah tiba di Gaza untuk 'Festival besar-besaran Memperingati Langkah Bermula HAMAS kali ke-25'.

Sumber: irarab.com

TT Aman Palestin Mesir



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Catatan Heliza Helmi

Subhanallah.
 

Jejak sahaja kaki di bumi Gaza hati rasa sangat tenang. Kami disambut oleh sekumpulan rakyat Gaza dengan senyuman yang sungguh ikhlas. Suci murni wajah mereka. Dan sebelum masuk ke bilik pameran di luarnya kami melihat dengan mata sendiri kereta As-Syahid Ahmad Al Ja'bari.



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin