Selasa, 11 Disember 2012

Debaran di Imigresen

Admin amat yakin semua sedang menantikan perkembangan terkini MSG 2012.

Mereka kini sedang berada di dalam Imigresen Mesir. Aman Palestin memiliki pengalaman ada peserta misi sebelum ini yang terpaksa berpatah balik tidak dibenarkan memasuki Gaza. Sedangkan rakan-rakan lain dibenarkan memasuki Gaza. Apa-apa sahaja boleh berlaku di Imigresen Mesir ini.

Justeru, ayuh kita teruskan berdoa tanpa putus agar semua 118 orang peserta MSG 2012 dibenarkan memasuki Gaza. Jaraknya hanya 50 meter lagi.
------------------------------------------------------
Gambar di bawah adalah suasana dalam Imigresen Mesir ketika misi pada bulan Oktober baru-baru ini.


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

1 ulasan: