Khamis, 13 Disember 2012

Jual motosikal untuk ke Gaza

Dia mungkin dianggap pelik

Seorang mahasiswa tahun 2 Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan mengambil keputusan nekad untuk menjual motosikal kesayangannya untuk menampung perbelanjaannya menyertai Misi Solidariti Gaza 2012.

Mohammad Muhibuddin Shahul Hamid 22 tahun, telah bertolak ke Gaza bersama 119 peserta yang lain semalam dan kini sedang menyertai pelbagai aktiviti kemanusi

aan yang disusun oleh Aman Palestindi Gaza selama 6 hari.

Sebagai anak muda yang menyayangi motosikal milik peribadi, tindakannya mungkin dianggap pelik bagi sesetengah orang. Namun sifat pihatin dan daya juang yang dimilikinya menyebabkan mahasiswa yang berhati mulia membuat keputusan sedemikian.

Semoga beliau berjaya di dalam misinya ke Gaza dan dipermudahkan urusan bagi memiliki sebuah motosikal yang lain sekembalinya beliau ke kampus USM kelak.
 
 
 
Catatan Asa: Facebook Aman Palestin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan