Selasa, 11 Disember 2012

Kesan perang

Selepas waktu Subuh, kami berkesempatan berjalan-jalan di sekitar penginapan kami melihat keadaan Gaza di waktu pagi. Kami terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak dan remaja Gaza yang mengisi pagi cuti dengan bermain bola sepak. Dua orang kanak-kanak ini menceritakan bagaimana markas polis telah dimusnahkan oleh 4 roket Israel pada hari keempat serangan. Mereka ketika itu sedang menghafal Al-Quran di masjid di sebelah markas polis ini. Anak-anak ini turun bermain membawa mushaf Al-Quran mereka.

Misi Solidariti Gaza Aman Palestin 2012




Catatan Asal:  Facebook Aman Palestin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan