Khamis, 13 Disember 2012

Tangisan gembira Khaled Meshaal

Tangisan gembira Khaled Mashaaal ketika memasuki bumi Gaza.

Sumber: QNN

TT Aman Palestin Mesir



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Khaled Meshaal ke rumah As-Syahid Ahmad Yasin

Khaled Meshaal dalam gambar ketika dalam perjalanan untuk ke rumah pengasas Gerakan Hamas, Ahmad Yassin.

Sumber: QNN

TT Aman Palestin Mesir


  

Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Hotel Commodore, Gaza

MSG 2012

Hotel Commodore adalah hotel yang dipilih untuk menjadi tempat penginapan selama 6 hari.



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Situasi Gaza

Interenet di sini agak lambat, nak post status pun agak mengambil masa, untuk menghantar laporan bergambar setakat ini memang satu perkara yang sulit.

Tapi untuk hari pertama saya ada di sini, saya dah tahu yang Gaza akan terus menang. Kalau Muslimin perlukan model negara islam sebelum sistem khilafah, saya rasa Gazalah modelnya.

10:20am, 7 Dis, commodore Gaza Hotel.


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Pelabuhan Gaza

Seawal pagi, nelayan keluar mencari rezeki. Seawal pagi, kaki melangkah menikmati suria pagi di Gaza Bumi Suci.. Allahu Akbar, Maha Indahnya alam di sini.. memang Palestin bumi diberkati.


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Khaled Meshaal tiba di Gaza

Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik HAMAS juga telah tiba di Gaza untuk 'Festival besar-besaran Memperingati Langkah Bermula HAMAS kali ke-25'.

Sumber: irarab.com

TT Aman Palestin Mesir



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Catatan Heliza Helmi

Subhanallah.
 

Jejak sahaja kaki di bumi Gaza hati rasa sangat tenang. Kami disambut oleh sekumpulan rakyat Gaza dengan senyuman yang sungguh ikhlas. Suci murni wajah mereka. Dan sebelum masuk ke bilik pameran di luarnya kami melihat dengan mata sendiri kereta As-Syahid Ahmad Al Ja'bari.



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Jual motosikal untuk ke Gaza

Dia mungkin dianggap pelik

Seorang mahasiswa tahun 2 Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan mengambil keputusan nekad untuk menjual motosikal kesayangannya untuk menampung perbelanjaannya menyertai Misi Solidariti Gaza 2012.

Mohammad Muhibuddin Shahul Hamid 22 tahun, telah bertolak ke Gaza bersama 119 peserta yang lain semalam dan kini sedang menyertai pelbagai aktiviti kemanusi

aan yang disusun oleh Aman Palestindi Gaza selama 6 hari.

Sebagai anak muda yang menyayangi motosikal milik peribadi, tindakannya mungkin dianggap pelik bagi sesetengah orang. Namun sifat pihatin dan daya juang yang dimilikinya menyebabkan mahasiswa yang berhati mulia membuat keputusan sedemikian.

Semoga beliau berjaya di dalam misinya ke Gaza dan dipermudahkan urusan bagi memiliki sebuah motosikal yang lain sekembalinya beliau ke kampus USM kelak.
 
 
 
Catatan Asa: Facebook Aman Palestin

Di dalam bas sebelum bertolak ke Gaza

MSG 2012

Gambar semalam sebelum mereka bertolak dari lapangan terbang Kaherah menuju Gaza.

Ada sesiapa di dalam gambar ini ahli keluarga atau rakan anda?

Sumber gambar: ISMA Mesir



Catatan Asal: Fecebook Aman Palestin

Solat Jumaat di Gaza

MSG 2012

Waktu di Gaza kini ialah 11:25 tengah hari. Azan Zohor bakal berkumandang sebentar nanti. Para peserta sudah berada di dalam masjid untuk menunaikan solat fardhu Jumaat di masjid yang berhampiran dengan hotel penginapan.


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Hotel penginapan MSG 2012 dikawal Briged Al-Qassam

Kepada semua teman yang ada ahli keluarga atau rakan di Gaza dalam misi MSG 2012 jangan risau kerana mereka semua selamat di bawah kawalan Briged Al-Qassam. Hotel mereka dikawal rapi oleh Al-Qassam.

Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Selasa, 11 Disember 2012

Kesan perang

Selepas waktu Subuh, kami berkesempatan berjalan-jalan di sekitar penginapan kami melihat keadaan Gaza di waktu pagi. Kami terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak dan remaja Gaza yang mengisi pagi cuti dengan bermain bola sepak. Dua orang kanak-kanak ini menceritakan bagaimana markas polis telah dimusnahkan oleh 4 roket Israel pada hari keempat serangan. Mereka ketika itu sedang menghafal Al-Quran di masjid di sebelah markas polis ini. Anak-anak ini turun bermain membawa mushaf Al-Quran mereka.

Misi Solidariti Gaza Aman Palestin 2012




Catatan Asal:  Facebook Aman Palestin
TERKINI MSG 2012

Waktu di Gaza kini ialah 8:00 malam. Para peserta telah memasuki Hotel Commodore untuk menginap di sana sehingga 12 Disember nanti.
---------------------------------------------------
Antara yang menarik terdapat di hotel ini ialah papan tanda yang melarang membawa masuk senjata.




Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Melawat Pameran Perang

TERKINI MSG 2012

Rombongan MSG 2012 dibawa melawat ke Pameran Perang di Rafah. Antara yang dipamerkan di sini ialah kereta As-Syahid Al-Ja'bary, roket Zionis yang tidak meletup dan pelbagai lagi.

Memang mereka amat bertuah dapat melihat kesan perang lapan hari tersebut.

Sumber gambar: http://live.utusan.com.my/Event/Sokong_Rakyat_Palestin_Bantah_Keganasan_Israel


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Bersama CEO Aman Palestin Gaza

TERKINI MSG 2012

Bergambar kenangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Gaza, Ir. Omar Seyam.

Sumber gambar: http://live.utusan.com.my/Event/Sokong_Rakyat_Palestin_Bantah_Keganasan_Israel


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Disambut pemimpin Palestin

TERKINI MSG 2012

Para peserta MSG 2012 disambut pemimpin-pemimpin Palestin di Rafah, Gaza sebaik sahaja melepasi Imigresen Mesir tadi.

Sumber gambar: http://live.utusan.com.my/Event/Sokong_Rakyat_Palestin_Bantah_Keganasan_Israel


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Bersama pemimpin kanan HAMAS

TERKINI MSG 2012

Para peserta baru sahaja bersama dengan seorang pemimpin kanan HAMAS, Abu Usamah Al-Kurd. Kini dalam perjalanan ke tempat penginapan.

Masa di Gaza ketika ini ialah 6:48 malam.

Bumi Gaza dijejaki sudah

|Terkini MSG 2012|

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Bumi Gaza sudah dijejaki para peserta MSG 2012. Syabas dan tahniah semua.

Para peserta kini berada di memorial Gaza,tempat adanya kereta As-Syahid Ahmad Al-Ja'bari,ketua Bridged Al-Qassam dibom.Alhamdulillah rombongan disambut dengan mesra oleh pimpinan Hamas di sana.

TT Aman Palestin Mesir

Sumber:Peserta MSG 2012
---------------------------------------------------
Admin akan cuba dapatkan gambar ketibaan mereka nanti.
 
Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Berjaya memasuki Gaza

|Terkini MSG 2012|

Alhamdulillah para peserta MSG 2012 telah melepasi tembok pemisah di sempadan Rafah.Sekarang mereka telah berada di sebelah Gaza.

TT Aman Palestin Mesir

Sumber:Peserta MSG 2012


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Bas bawa ke Imigresen Gaza

TERKINI MSG 2012

Inilah bas yang akan membawa para peserta ke Imigresen Gaza dalam beberapa minit sahaja lagi.

Sumber gambar: http://live.utusan.com.my/Event/Sokong_Rakyat_Palestin_Bantah_Keganasan_Israel


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Menjuju Imigresen Gaza

TERKINI MSG 2012

Para peserta akan menaiki bas menuju ke Imigresen Gaza yang jaraknya hanya 50 meter. Gaza di depan mata sudah.


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Sudah melepasi pemeriksaan Imigresen Mesir

TERKINI MSG 2012

Para peserta telah melepasi pemeriksaan Imigresen Mesir. Insya Allah hanya beberapa detik sahaja lagi bumi Gaza akan dijejaki mereka.

Alhamdulillah.


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Sejam sudah berlalu

Sejam sudah berlalu. Para peserta MSG 2012 masih lagi berada di dalam Imigresen Mesir.

Pengalaman admin pada misi lepas, 'tersangkut' di dalam Imigresen Mesir selama tiga jam. Semoga pengalaman ini tidak lagi terjadi kepada mereka kali ini.

Wahai Tuhanku, permudahkanlah urusan murni ini.


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Di Imigresen Mesir

TERKINI MSG 2012

Suasana ketika ini di dalam Imigresen Gaza.

Sumber gambar: http://live.utusan.com.my/Event/Sokong_Rakyat_Palestin_Bantah_Keganasan_Israel

Debaran di Imigresen

Admin amat yakin semua sedang menantikan perkembangan terkini MSG 2012.

Mereka kini sedang berada di dalam Imigresen Mesir. Aman Palestin memiliki pengalaman ada peserta misi sebelum ini yang terpaksa berpatah balik tidak dibenarkan memasuki Gaza. Sedangkan rakan-rakan lain dibenarkan memasuki Gaza. Apa-apa sahaja boleh berlaku di Imigresen Mesir ini.

Justeru, ayuh kita teruskan berdoa tanpa putus agar semua 118 orang peserta MSG 2012 dibenarkan memasuki Gaza. Jaraknya hanya 50 meter lagi.
------------------------------------------------------
Gambar di bawah adalah suasana dalam Imigresen Mesir ketika misi pada bulan Oktober baru-baru ini.


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

50 meter sahaja lagi

TERKINI MSG 2012 l 50 meter sahaja lagi

Rombongan MSG kini telah memasuki Imigresen Mesir. Urusan di sini biasanya memakan masa antara tiga hingga lima jam. Jarak dari Imigresen Mesir ke Imigresen Gaza hanyalah 50 meter.

Semoga dipermudahkan kali ini, Ya Allah.
 
Sumber gambar:





http://live.utusan.com.my/Event/Sokong_Rakyat_Palestin_Bantah_Keganasan_Israel

Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Gaza semakin hampir

TERKINI MSG 2012 l Gaza semakin hampir

Rombongan MSG 2012 kini telah berada di sempadan Rafah, Mesir. Urusan di pintu sempadan dengan tentera Mesir kebiasaannya agak mencabar.

Semoga Allah permudahkan urusan mulia ini.

Sumber gambar: http://live.utusan.com.my/Even/Sokong_Rakyat_Palestin_Bantah_Keganasan_Israel


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

40 kilometer menuju Rafah

Terkini MSG 2012

Bas yang membawa para peserta MSG 2012 kini berada di bandar Al-Arish, 40 kilometer menuju Rafah, sempadan Gaza.

Doakan mereka selamat tiba ke destinasi.

Sumber gambar: http://live.utusan.com.my/Even/Sokong_Rakyat_Palestin_Bantah_Keganasan_Israel
-------------------------------------------------------
Gambar di bawah menunjukkan bas sedang melalui Jambatan As-Salam yang merentasi Terusan Suez.


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Gaza, kami datang

Gaza, kami datang!



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

MSG 2012 melepasi Jambatan Terusan Suez

Rombongan MSG 2012 sudah melepasi Jambatan Terusan Suez



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Bas yang membawa delegasi MSG 2012 ke Gaza

Inilah bas yang membawa rombongan MSG menuju Gaza bagi merealisasikan hasrat rakyat Malaysia membantu rakyat Gaza dan seterusnya menyatakan sokongan berterusan kepada mereka daripada kita di Malaysia.

Doakan perjalanan mereka selamat semuanya.

Sumber gambar: Razlan Rashid



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Ikon Aman Palestin, Puan Farrah Adeeba

Ikon Aman Palestin, Puan Farrah Adeeba bersama dengan ahli-ahli Usrah Fitrah di Kaherah sebelum bertolak ke Gaza.



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Gambar sebelum bertolak ke Gaza

Sebahagian daripada ahli rombongan MSG yang tiba di Kaherah sebelum bergerak ke Gaza sebentar tadi.



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Misi Solidariti Gaza akan bertolak ke Gaza

Kesemua peserta MSG akan bertolak ke Gaza dengan menaiki bas pada jam 8:00 pagi waktu Mesir (2:00 petang Malaysia). Perjalanan dari Kaherah ke Rafah dianggarkan memakan masa selama lapan jam dan seperti kebiasaannya akan diiringi oleh pihak keselamatan Mesir.

Mohon doa semuanya berjalan lancar.
------------------------------------------------





Sumber gambar: Razlan Rashid


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Taklimat oleh Ketua Misi

Peserta Misi Solidariti Gaza sedang mendengar taklimat dari Ust Anas Wahab



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Tiba di Kaherah

Misi Solidariti Gaza tiba di Kaherah

Alhamdulillah, rombongan MSG dengan pesawat Etihad Airways telah selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah pada jam 3.11 (waktu Mesir). Mereka akan terus bergerak ke Gaza selepas solat Subuh.





Sumber gambar: Razlan Rashid

Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Wajah serikandi Aman Palestin

Inilah wajah-wajah serikandi Aman Palestin yang bertungkus-lumus siang dan malam bagi memastikan kejayaan Misi Solidariti Gaza.



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Pelajar USM sertai MSG 2012

Tiga pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) turut bersama Misi Solidari Gaza.



Catatan Asal: Facebook Aman Palestin

Wakil Pembina sertai MSG 2012

Wakil daripada Persatuan Belia Islam Nasional bersama-sama dengan ahli-ahli Pembina di KLIA malam tadi.


Catatan Asal: Facebook Aman Palestin 

Berita video MSG 2012

Sumber: Klik untuk tonton

Wajah-wajah penyiar TVAlhijrah sebelum berlepas ke Kaherah

Wajah-wajah penyiar TVAlhijrah sebelum berlepas ke Kaherah malam tadi.

Selamat pergi & selamat pulang kepada semua wakil TVAlhijrah dan jemaah Misi Solidariti Gaza 2012 ke Gaza. Allahuakbar. Insyaallah, jumpa anda semua kembali, 23hb Disember ini di acara Satu Suara Selamatkan Palestin berlokasi di Perkarangan Pusat Penyiaran Digital TVAlhijrah. Semua dijemput hadir.

Sumber: Fb TVAlhijrah


Facebook Aman Palestin  


RN1.8 juta untuk Gaza

RM1.8 juta untuk Gaza

Misi Solidariti Gaza (MSG) Aman Palestin yang bertolak malam tadi membawa bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia berjumlah RM1.8 juta.

Keseluruhan wang bantuan ini akan digunakan bagi tujuan berikut:

1. pembelian ubat-ubatan untuk keperluan hospital
2. bantuan terus kepada mangsa perang
3. bantuan terus kepada keluarga miskin dan anak-anak yatim

4. bantuan terus kepada para nelayan dan petani

Keikhlasan Anda, Ketelusan Kami
 

Gambar pada hari sebelum bertolak ke Kahaerah


Helmi Heliza turut serta dalam MSG 2012

Heliza Helmi antara salah seorang peserta MSG yang telah berlepas dengan Egypt Air sebentar tadi.

Sumber: Facebook Aman Palestin

Misi Solidariti Gaza berlepas ke Kaherah

Misi Solidariti Gaza (MSG) sudah berlepas ke Kaherah

Dua kumpulan MSG telah selamat berlepas ke Kaherah dari KLIA sebentar tadi. Kumpulan pertama berlepas pada pukul lapan malam tadi dengan pesawat Ittihad dan kumpulan kedua pula berlepas pada jam 10 malam tadi dengan pesawat Egypt Air.

Doakan mereka selamat tiba ke destinasi suci, Gaza.

Khamis, 6 Disember 2012

Misi Gaza

Blog ini diwujudkan bagi menyampaikan maklumat terkini berkaitan setiap perjalanan Aman Palestin ke Gaza bagi setiap misi. Sehingga kini, AP telah melaksanakan 10 misi ke Gaza.